BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 5, 2009

->>Solat membina peribadi Agung

Insan dijadikan ALlah terbahagi drpd:
1. akal
2. hati
3. nafsu
4. fizikal

Rata2 dunia sekarang menghadapai masalah sosial, rumahtangga dsb yang tidak berkesudahan, jadi di mana silapnya? Jika kita mempunyai anak remaja yang bermasalah, ie suka memukul etc, bolehkah kita membawa anak kita berjumpa doktor utk diperiksa sama ada tangan atau kakinya bermasalah? sudah tentu tidak kerana yang bermasalah adalah rohnya, bukan jasadnya. Jadi apa yang perlu diubah ialah hati (jiwa/al-qalb). Jika baik hatinya, maka aqal, nafsu dan fizikalnya juga baik dan begitu juga sebaliknya (rujuk pada hadis Rasulullah saw). Cara terbaik utk menundukkan hati ialah solat. Jadi, siapa yang perlu mengubahnya.. kita sendiri (sila rurjuk surah Ar-Rad:11).

Contoh2 betapa pentingnya solat:
1. Kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dimana bala tenteranya menyerang bandar Constantinople, Turki. Peperangan yang sudah berminggu2 tapi masih juga belum menang. Pada suatu malam, Allah mendatangkan ilham kepadanya utk memeriksa bala tenteranya. Jadi beliau memeriksa setiap khemah yang ada:
khemah pertama: semuanya nyenyak tidur
khemah kedua: semuanya sibuk mendirikan qiyamulail
khemah ketiga: semuanya sibuk membaca al-quran
khemah keempat: semuanya sibuk bermunajat, berzikir sambil menangis

Keesokkan harinya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan tentera dari khemah ke-2, ke-3 dan ke-4 utk pergi berperang manakala tentera dari khemah pertama disuruh sembahyang, bertaubat dsb. Alhamdulillah peperangan yang sudah berminggu2 tidak berkesudahan akhirnya menang dalam masa hanya beberapa jam. Kota Constantinople akhirnya ditawan tentera Islam.

2. Kisah Saidina Umar ra mendengar berita tenteranya berperang di Palestine yang tidak kalah dan tidak juga menang. Beliau dengan segera pergi ke Palestine dari Madinah dan mengumplukan semua tenteranya. Beliau berkata beliau memahami akan rasa bimbang, cemas, takut dikalangan tentera yang sedang berperang, akan tetapi beliau lebih takut dari tenteranya,, takut akan dosa2 yang ada pada akal, hati, nafsu dan fizikal tenteranya yang menyebabkan mereka masih belum menang dalam peperangan. Selepas itu, beliau menyuruh kesemua tenteranya membentuk saf, perkara yang diperiksa oleh beliau:
a. sambil memegang pedang, Saidina Umar memeriksa barisan tumit kaki tenteranya, jangan ada yang terlebih kebelakang bagi memastikan satu barisan saf yang lurus.
b. Saidina Umar memeriksa saf agar rapat, jangan ada ruang kosong di kiri dan kanan yang memboleh syaitan mencelah diantara tenteranya.
Akhirnya, mereka disuruh menebus dosa selepas solat dan pergi berperang selepas itu. Selepas beberapa jam, kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Solat Membina Peribadi Agung
1 Kalimah "Allahu Akhbar"
-Kita tak pernah diajar mengira berapa kali kita menyebut kalimah "Allahu Akhbar" dalam sehari dalam setiap solat kita. Jumlahnya sebanyak 94 kali.
-Saidina Abu Bakar ra bila solat berjemaah dibelakang Rasulullah saw, orang di kiri dan kanannya akan terhidu bau yang tebakar. Bila diperiksa tiada apa yang terbakar, bila ditanya, Saidina Abu Bakar menjawab beliau tidak tahu, disuruhnya bertanya kepada Rasulullah saw. Lalu dijawab oleh Rasulullah saw, apa yang tebakar adalah hati Saidina Abu Bakar kerana memahami betapa besarnya kalimah "Allahu Akhbar" yang disebutnya
- didalam kalimah "Allahu Akhbar" terhimpun segala sifat2 Allah yang wajib (20) dan nama2 Allah (Asmaul Husna, 99).
-dikala Allah bertanya siapakah yang sanggup menerima kalimah ini, gunung-ganang, bukit-bukau, lautan, semuanya tidak sanggup menerima kalimah ini kecuali manusia kerana beratnya kalimah tersebut.
-Rasulullah saw, para isteri Rasulullah, para sahabat dan solafussoleh diajar sembahyang dengan datangnya rasa takut, cemas, dan bimbang dengan Tuhannya.
-Oleh kerana kita tidak menghayati bacaan dalam sembahyang, sembahyang kita tidak memberi bekas kepada orang yang mendirikan sembahyang (rujuk pada ayat al-quran)
-didalam sembahyang, setelah 99 % kita menyebut nama Allah, didalam tahiyyat awal dan akhir, Allah membenarkan kita mendoakan utk orang2 lain (rujuk bacaan tahiyyat awal dan akhir).


Solat juga menjadikan kita seorang Insan yang baik, lemah lembut, penyayang sesama Umat dan tidak mendendami orang yang berbuat tidak baik pada kita sebagaimana yang di ceritakan oleh Ustazah Khadijah satu riwayat yang berlaku di zaman Rasulullah sebelum kewafatan baginda yang di ceritakan dalam hadis.

Pada zaman Rasulullah ada seorang tua Yahudi yang buta matanya di Mekah. Si tua ini setiap hari kerjanya memegang orang dan minta agar beliau di hantar ke suatu kawasan di mana beliau tidak mendengar nama Muhammad di sebut. Setiap orang yang di jumpai semuanya menolak untuk menolong beliau sehinggalah pada suatu hari beliau memegang tangan seorang lelaki dan minta di hantar ke suatu tempat. Lelaki tadi setuju menghantarkan orang tua tersebut. Orang tua itu minta lelaki tersebut mendukung beliau kerana menurutnya beliau sudah tua dan tak larat nak berjalan. Lelaki yang mulia tadi menurut kehendak orang tua tersebut. Lelaki itu membawa orang tua itu ke puncak bukit dan meninggalkan orang tua tersebut tetapi berjanji akan datang melawat orang tua itu sambil bawa makanan untuknya. Setiap hari lelaki tersebut melawat orang tua itu sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Tetapi satu hari lelaki budiman itu tak datang, maka orang tua itu mula bimbang kerana tak ada siapa yang akan bawa makanan untuknya. Maka satu hari datanglah Saidina Abu Bakar melawat orang tua tersebut dan menyuapkan makanan ke mulut orang tua itu. Serta merta orang tua itu menolak makanan tersebut kerana beliau tahu yang datang itu bukanlah lelaki budiman yang selalu melawat beliau. Beliau berkata kepada Abu Bakar bahawa cara orang lelaki budiman itu menyuapkan makanan kepadanya ialah dengan mengunyakkan dahulu makanan itu sehingga lumat kemuadia baru di suapkan ke mulut lelaki tua itu, setelah selesai lelaki itu menelan makanan tersebut barulah di suapkan air, manakala Abu Bakar tidak berbuat demikian. Lelaki tua itu bertanya kemana lelaki budiman yang selalu datang berjumpa beliau, beliau inginkan lelaki itu. Saidina Abu Bakar serba salah lalu memberitahu bahawa lelaki tersebut telah wafat. Orang tua itu bertanya siapakah lelaki itu, Lalu Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa itulah Muhammad Rasulullah. Lelaki tua tersebut terkejut terus pengsan. Terjaga dari pengsan beliau terus lafazkan Syahadah dan berjanji beriman dengan Allah SWT.

0 comments: