BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 16, 2011

PROMOSI BUFFET RAMADHAN 2011 ~



MENU :

1. nasi putih
2. daging beriani
3. kicap kacang pee
4. ikan keli ppecal
5. kupang
6. kacang goreng
7. 3 air sejuk
8. 2 air panas
9. mee goreng
10. bubur ayam
11. 3 jenis buah
12. 5 jenis kuih
13. 5 jenis kek@muffin
14. 3 jenis kurma
15. asam- asaman
16. kacang2
17. budu
18. cencalok
19. sambal belacan
20. ulam-ulaman (5-6 jenis)
21. keropok (3-5 jenis)
22. 3 jenis sos
23. 3 jenis kicap
24. 4 jenis ikan kering/masin
25. telur masin
26. ABC
27. Puding jagung dll
28. kerabu perut
29. salad2.
PAKEJ BUFFET RAMADHAN
BERMULA 6 HINGGA 28 OGOS 2011


HANYA RM 19.90 UNTUK DEWASA & RM 12.99 UNTUK KANAK-KANAK

untuk keterangan lanjut, sila hubungi
D'Impian Inn
07-453 2744/454 1744

JOM BERBUKA!!!


MARI RAMAI2 BERBUKA PUASA DI D'IMPIAN INN KOPITIAM, PT RAJA, BATU PAHAT JOHOR

STUDENT VS WORKER

Assalamualaikum wbt..

dulu student...skrg dh jadi pekerja aka praktikal....mencabar kehidupan zaman skrg ni kan..


sedikit perkongsian mengenai perkembangan diri ini :

status : mujahidah Allah, insyaAllah
alamat : Pintas Jaya,pt raja
company : D'impian Inn Group, pt raja JoHoR
address : tmn cempaka biru
perkhidmatan : 15 ogos 11 - 28 jan 12
CEO : En Baharuddin
manager : En Harun
PIC : shahliza(kak liza) - finance
         akmal - marketing
jobskop : internet marketing
frends with : mira 22, syafiq 24, faiz 21, k.aimi 26, asri(angah) n de rest
Pemilik : Ya Rabb, Allah swt...

p/s: selamat berpuasa kpd seluruh umat Islam...

~PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN~

Apa yang baik dibuat di bulan Ramadhan? Sebenarnya terlalu banyak, antara nak buat atau tidak sahaja. Malah kebanyakan perkara itu umum diketahui, pernah dipelajari atau didengar. Penyakit di akhir zaman ini memang begitu.. kita ada ilmu, tetapi tidak diamal.

Entri ini khusus kepada jenis ibadah yang tidak perlukan tenaga yang besar, bukan sahaja untuk bulan Ramadhan malah bila-bila juga. Kos perbelanjaan - tiada. Hanya menggunakan anggota badan kurniaan Tuhan. Fokus adalah tentang Dzikrullah - Zikir Mengingati Allah.

1. Niat Kerana Allah

Sebenarnya inilah ibadah tertinggi. Ia meningkatkan ingatan kita kepada Allah dalam apa jua pekerjaan atau amal yang kita lakukan. Bukan sahaja semua ibadah syar'ie menjadikan niat kerana Allah itu sebagai rukun (eg: solat, puasa, haji atau zakat), malah niatlah kerana Allah bila nak pergi kerja, naik kenderaan, makan dan minum, tidur malah ke tandas sekalipun. Niat itu hanya lintasan hati,tidak perlu dilafazkan teratur. yang penting, kita buat kerana Allah - demi-Nya dan kerana-Nya. Niat ini mendorong kita meng-ikhlaskan diri dalam menegakkan agama Allah. Ikhlas di hati ini, tiada yang tahu kecuali Allah - dan Dialah Yang Maha Mengetahui seikhlas mana kita.

Baik juga ditambah doa memohon kebaikan dari apa yang kita nak lakukan itu. Lafazkan Bismillah di lidah untuk memulakan amal dan tugas tersebut. Insya Allah, niat dan lafaz Bismillah ini akan mengingatkan kita pada Allah, dan takut untuk melanggar larangan-Nya. mana ada orang berani berjudi, minum arak atau ponteng kerja - diniatkannya kerana Allah.. ada ?? 

2. Tasbih - Subhanallah. Kalimah ini amat mulia untuk diucap, seperti ayat ke 83 Surah Al-Waqiah: "Maka bertasbihlah kepada Tuhanmu yang Maha Agung", juga ayat pertama Al-A'la: "Dan bertasbihlah (persucikanlah) nama Tuhanmu yang Maha Tinggi".

3. Tahmid - Alhamdulillah.

4. Takbir - Allahu Akbar.

5. Tahlil - La ilaha illallah.

6. Hauqalah - La haulawala quwwata illa billah.

7. Istighfar - Astaghfirullah.

8. Salawat - Allahumma sholli 'ala Muhammad.

9. Doa
Berdoalah, mintalah apa jua sekehendak kita, walau mengadukan gatal di hujung telinga pada-Nya, atau kehilangan sebelah selipar. Sebaiknya doa meliputi dua perkara: mohon kepadanya segala kebaikan dan mohon perlindungan-Nya dari perkara yang tidak disukai. Cara berdoa: mulakan dengan memuji Allah (Alhamdulillah ...), salawat, ...(doa) ... dan ditutup dengan salawat serta memuji Allah. Allah berfirman: "Berdoalah kepadaku, nescaya Aku memperkenankannya."

Jangan berputus asa berdoa, doa itu tugas kita dan selebihnya serahkan pada Allah SWT. Elakkan mudah kecewa jika doa tidak terkabul, Allah telah mendengarnya. Cuma Dia sayangkan kita, Dia suka kita mengadu padanya. Tetap ada rahmat dan anugerahNya, jika tidak di dunia tentu disimpan-Nya di akhirat nanti.

10. Membaca Al-Qur'an - kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Jika sesuatu amal itu diberi 10 pahala ganjaran, membaca satu huruf Al-Qur'an sudah bernilai 10 pahala. Nabi menyatakan, "Alif Lam Mim (eg: awal Surah Baqarah) itu bukanlah satu huruf, tetapi tiga huruf". Bacaan "Qul huwaLLahu Ahad" - ayat pertama Surah Al-Ikhlas itu sahaja mengandungi 11 huruf. Jika ikhlas membacanya, 2-3 saat dah dapat 110 pahala kebaikan. Senang kan?

10.  Memberi salam - Assalaamu'alaikum.  
Nabi kata: "Allah itu As-Salaam (Maha Sejahtera. Maka sebarkanlah salam di kalangan kamu." Bukankah baik kita saling mendoakan orang Islam lain dengan kesejahteraan. Dan tentu dia pula akan mendoakan kita pula dengan "Wa'alaikumussalam".  Paling baik, kita beri salam pada orang ramai, dan yang akan membalas salam nanti cukup ramai. Best. 

Kesimpulannya: buatlah apa sahaja kebaikan.. walaupun sedikit. Cuma perlu konsisten. Itu lebih baik dan digemari Nabi berbanding "pulun banyak2 sedas.. lepas tu tinggal dan lebuh semuanya".

Wednesday, March 9, 2011

`DIALOG AWK & LADYBUDDY`

awak: sy nk pinjam ....., boleh tak?
awak: sy nk guna awak punya......, boleh tak?
awak: ladybuddy, awk guna tak..... buat masa sekarang?
awak: bla bla bla

jawapan ladybuddy mengikut keadaan kerana dia punya rasa tanggungjawab terhadap sesuatu pekara amatlah tinggi..dia tahu semua itu milik Allah...NAMUN, milik itu masih punya tuan yg lain selain ladybuddy...dan semua itu perlu dipulangkan jika ladybuddy merasakan dia tidak mampu menjaga amanah tersebut sekiranya dia masih punya hati "KEDEKUT"...yes! perkataan itu yg "awak2" boleh describekan ladybuddy.....

"awak2" semua boleh kata apa saja,pertikai apa saja.....tapi yg menanggungnya hanya ladybuddy sebab:
1) itu bukan "awak2" punya harta..implikasinya> langsung tak rasa ape2
2) "awak2" fikir ladybuddy kaya dan mampu menanggung segala ongkos..alasan awak>ladybuddy kan kaya..dia ada duit..dia blh setel lah prob tu....
3) hutang setiap dari kita hanya kita yg tahu...
4) rasa tanggungjawab yg amatlah kurang dalam diri..sebab> bukan dididik dari umah atau mana2 univ mahupun dalam subjek2 tertentu.
dan banyk lagi asbab kenapa ladybuddy terlalu memilih memberi itu dan ini 'harta kepunyaan yang org lain beri padanya'....

JADI WAHAI "AWAK2" yang dikasihi, kalau awak kenal siapa ladybuddy, awak takkan tergamak mengatakan ladybuddy seorg yang kedekut kerana ladybuddy sangatlah pemurah sehingga "awak2" takkan ingat kemurahan yang ladybuddy telah salurkan buat kalian..hanya kerana apabila permintaan kalian ditolak oleh ladybuddy...

nasihat kepada diri> jangan mudah bergantung pada yang lain kerana bila kita sangat memerlukan perkara tersebut, kita akan cuba memperoleh sehingga menutup kemampuan diri yang mampu... :)

5 - 6 march 2011

ASSALAMUALAIKUM WBT...

bUat TaTaPan diri & pengikut2 blog kerdil ini................

pengalaman berharga yg 1st time dilalui ini amat berharga n bernilai sgt buatku....kisahnya bermula seawal jam 5 pg apabila KBK *** bergerak mara menuju terus dari YONG PENG>segamat>keratong>bahau>temerloh dan akhirnya sekitar 12 tgh hari KBK *** tiba ke destinasi yg dinanti yakni N-28 K*****.........
sepanjang perjalanan pergi,terdapat "pemeriksaan" di simpang ___ ..namun tidak dilakukan ape pun..sekadar menjaga .....sewaktu pulang pula terdapat 2 hot spot..namun keadaan tetap sama......

disini ingin ku zahirkan buat ibu & ayah...andai anakmu kalah(mati) di medan juang, redhalah pemergianku...
maafkan aku kerana tidak pernah meluah kerahsiaan yg melibatkan aset antum...(kereta,motor dan segala wang yang ibu ayah bagi, akurlah itu tak lain n tak bukan hanyalah milik Nya...) terima kasih ibu ayah...
akan ku gunakan sebaik mungkin supaya ibu n ayah juga mendapat saham yg terbaik apabila di soal kelak...

TERIMA KASIH sekali lagi ku ucapkan kpd ibu ayah kerna melahirkan aku menjadi hamba Allah dan penggerak perjuangan Rasul Allah...walaupun kalian membantah atau tidak bersetuju, yakin & percayalah....syurga menanti bg org2 yang benar&sabar...itu kuncinya....andai yg aku kejar pekerjaan dunia yg akan melalaikan aku,ketahuilah.......aku tidak rela.....

berbalik pd perjalanan 6 7 jam ke sana..cabaran yg hebat aku peroleh bila kakiku sakit..huhu...bayangkan pemandu2 jalan raya yang memandu sehingga 12 jam..subhanallah....baru ku tahu bagaimana rasanya menjadi pemandu kenderaan..dulu...ayah je slalu pandu...

~PENGALAMAN MENCERNA PEMIKIRAN PERJUANGAN~ credit to Aisya,Auni,& Kak Nor

Monday, January 17, 2011

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)