BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 12, 2009

SAHABAT

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya..
Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

SeCaWaN KoPi

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.

Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.

Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati dan tentukan yang mana satukah prioriti.

Sunday, November 8, 2009

HaRi DeMi HaRi. . .

salam perjuangan bt smua teman...

Bukan di dlm perancangan ana utk menulis post yg bertajuk hari demi hari ni....
tapi disebabkan ana berasa amatlah rugi klu tdk meluahkan rasa mengenai hari2 yang ana lalui ini
tanpa sedar dan tidak....ana merasakan terlalu dekat denganNya..cintaku kepadaNya mengatasi segala rasa cintaku pd makhluk lain...SUBHANALLAH...

Mengapa ana katakan sebegitu???mgkin sblm ini ana lebih mendambakan cinta yg lain melebihi cinta dariNya...ASTAQFIRULLAH...betapa lemahnya diri ini mengharungi ombak badai rencah kehidupan alam remaja......

Setelah kesedaran ini hadir tanpa dipelawa, boleh ana simpulkn disini bahawasanya "PENGADUAN kita kpd ALLAH swt" tidak mampu menandingi pengaduan kita kpd yg selainNya... ana bersyukur..ALHAMDULILLAH...buat yg msh terlena drpd maksud yg cuba ana sampaikan di sini...ape yg ana cba smpaikan adalah....Selayaknya kita insan kerdil yg diciptakan AKAL dll seharusnya sentiasa meluahkan itu dan ini hanya kpdNya..walaupun Dia bkn pendengar yg kita boleh lihat dan rasa namun lihat dan rasa lah melalui mata hati antum..antum akan mendapat ketenangan yg abadi jauh lbh mulia drpd antum meluahkan rs hati kpd sesama makhluk yg blum tntu mampu meyelesaikan keserabutan yg antum alami...

Ana menyeru n mengajak smua para daie yg ana gelar mujahidah2 yg cintakan syahid agar kalian trus berjuang walau ditohmah pelbagai nista, umpat dan keji..penghargaan siapakah yg lebih mulia kalu bkn drpd Pencipta kita sendiri??-penghargaan manusia mgkin hanya diatas dunia ini sahaja,sedarlah ummah ia xkan kemana berbanding penghargaan drp Allah swt yg merasakan kita sentiasa di sisinya bilamana kita bergelar penolongNya...INSYAALLAH..

akhir kata bt warga UTHM especially yg amik FINAL EXAM UTK 09/10, SAHABIAH YG ANA KASIHI, ALL MY SISTER IN QN seterusnya yg mengenali peribadi ini, ana mohon ribuan kemaafan drp antum dan ana doakan slmt maju jaya walau dimana antum berada..teruslah beristiqamah bersama ana....ana memerlukan antum dlm meredahi onak ranjau kemelut jiwa n nafsu...antum kekuatan ana~ ALLAH matlamat ana...syukran jazilan.. :-)

p/s: Ana mgkin boleh berseorangan tapi apa gunanya ana ada antum andai keseorangn itu menjadi titik noktah yg tdk berpenghujung..JGN BIAR ANA ALPA DGN PUJIAN NAMUN BIARKAN ANA MENITIS AIR MATA DGN TEGURAN ANTUM, ITU YG LBH ANA PERLUKAN...SAAAYANG ANTI SMUA....

Saturday, November 7, 2009

MeNgErTiLaH...


"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 -
Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya', 'ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -
Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 -
Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4
- Lemah lembut.

"Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya"

5-
Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.


6-
Bercakap benar dalam semua keadaan.

"cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar"

7
- Tawadu' dan merendah diri terhadap orang-orang mu'min.

"Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin" (As-Syura : 215)

"....merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir..."
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

".....dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf"
(ali-Imran : 134)

9
- Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali-Imran :200)

"Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar"
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara' dan Zuhud

13 - Bersiafat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

....dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita, kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

UNTUK MU & UNTUK KU

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan.. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti..

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang..”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”


Monday, November 2, 2009

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?