BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 16, 2011

~PENGISIAN DI BULAN RAMADHAN~

Apa yang baik dibuat di bulan Ramadhan? Sebenarnya terlalu banyak, antara nak buat atau tidak sahaja. Malah kebanyakan perkara itu umum diketahui, pernah dipelajari atau didengar. Penyakit di akhir zaman ini memang begitu.. kita ada ilmu, tetapi tidak diamal.

Entri ini khusus kepada jenis ibadah yang tidak perlukan tenaga yang besar, bukan sahaja untuk bulan Ramadhan malah bila-bila juga. Kos perbelanjaan - tiada. Hanya menggunakan anggota badan kurniaan Tuhan. Fokus adalah tentang Dzikrullah - Zikir Mengingati Allah.

1. Niat Kerana Allah

Sebenarnya inilah ibadah tertinggi. Ia meningkatkan ingatan kita kepada Allah dalam apa jua pekerjaan atau amal yang kita lakukan. Bukan sahaja semua ibadah syar'ie menjadikan niat kerana Allah itu sebagai rukun (eg: solat, puasa, haji atau zakat), malah niatlah kerana Allah bila nak pergi kerja, naik kenderaan, makan dan minum, tidur malah ke tandas sekalipun. Niat itu hanya lintasan hati,tidak perlu dilafazkan teratur. yang penting, kita buat kerana Allah - demi-Nya dan kerana-Nya. Niat ini mendorong kita meng-ikhlaskan diri dalam menegakkan agama Allah. Ikhlas di hati ini, tiada yang tahu kecuali Allah - dan Dialah Yang Maha Mengetahui seikhlas mana kita.

Baik juga ditambah doa memohon kebaikan dari apa yang kita nak lakukan itu. Lafazkan Bismillah di lidah untuk memulakan amal dan tugas tersebut. Insya Allah, niat dan lafaz Bismillah ini akan mengingatkan kita pada Allah, dan takut untuk melanggar larangan-Nya. mana ada orang berani berjudi, minum arak atau ponteng kerja - diniatkannya kerana Allah.. ada ?? 

2. Tasbih - Subhanallah. Kalimah ini amat mulia untuk diucap, seperti ayat ke 83 Surah Al-Waqiah: "Maka bertasbihlah kepada Tuhanmu yang Maha Agung", juga ayat pertama Al-A'la: "Dan bertasbihlah (persucikanlah) nama Tuhanmu yang Maha Tinggi".

3. Tahmid - Alhamdulillah.

4. Takbir - Allahu Akbar.

5. Tahlil - La ilaha illallah.

6. Hauqalah - La haulawala quwwata illa billah.

7. Istighfar - Astaghfirullah.

8. Salawat - Allahumma sholli 'ala Muhammad.

9. Doa
Berdoalah, mintalah apa jua sekehendak kita, walau mengadukan gatal di hujung telinga pada-Nya, atau kehilangan sebelah selipar. Sebaiknya doa meliputi dua perkara: mohon kepadanya segala kebaikan dan mohon perlindungan-Nya dari perkara yang tidak disukai. Cara berdoa: mulakan dengan memuji Allah (Alhamdulillah ...), salawat, ...(doa) ... dan ditutup dengan salawat serta memuji Allah. Allah berfirman: "Berdoalah kepadaku, nescaya Aku memperkenankannya."

Jangan berputus asa berdoa, doa itu tugas kita dan selebihnya serahkan pada Allah SWT. Elakkan mudah kecewa jika doa tidak terkabul, Allah telah mendengarnya. Cuma Dia sayangkan kita, Dia suka kita mengadu padanya. Tetap ada rahmat dan anugerahNya, jika tidak di dunia tentu disimpan-Nya di akhirat nanti.

10. Membaca Al-Qur'an - kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Jika sesuatu amal itu diberi 10 pahala ganjaran, membaca satu huruf Al-Qur'an sudah bernilai 10 pahala. Nabi menyatakan, "Alif Lam Mim (eg: awal Surah Baqarah) itu bukanlah satu huruf, tetapi tiga huruf". Bacaan "Qul huwaLLahu Ahad" - ayat pertama Surah Al-Ikhlas itu sahaja mengandungi 11 huruf. Jika ikhlas membacanya, 2-3 saat dah dapat 110 pahala kebaikan. Senang kan?

10.  Memberi salam - Assalaamu'alaikum.  
Nabi kata: "Allah itu As-Salaam (Maha Sejahtera. Maka sebarkanlah salam di kalangan kamu." Bukankah baik kita saling mendoakan orang Islam lain dengan kesejahteraan. Dan tentu dia pula akan mendoakan kita pula dengan "Wa'alaikumussalam".  Paling baik, kita beri salam pada orang ramai, dan yang akan membalas salam nanti cukup ramai. Best. 

Kesimpulannya: buatlah apa sahaja kebaikan.. walaupun sedikit. Cuma perlu konsisten. Itu lebih baik dan digemari Nabi berbanding "pulun banyak2 sedas.. lepas tu tinggal dan lebuh semuanya".

0 comments: