BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 7, 2009

->>MOTIVASI ISLAM TENTANG ILMU


Sabda nabi:

“Jadilah kamu orang yang ALIM (Mampu menyampaikan ilmu), ataupun orang yang BELAJAR ILMU, ataupun orang yang MENDENGAR ILMU, ataupun orang yang MENYUKAI ILMU tetapi JANGAN kamu JADI orang yang KELIMA-maka BINASAlah.”

Islam secara tidak langsung memotivasikan umatnya dengan TUNTUTAN ILMU. Jom kita lihat dan renung tuntutan dalam Hadis tadi:

1. ALIM

Islam menuntut agar umatnya berilmu. Bukan sekadar mempunyai ILMU tetapi Menyampaikannya kepada orang lain. Orang yang menyampaikan ilmu ini akan mendapat ganjaran sepanjang kehidupannya apabila orang menuntut tadi mengamalkannya. Selain itu orang yang berilmu ini akan lebih dekat dan bertakwa pada Allah. Maka benarlah seperti yang dijanjikan Allah, “Sesungguhnya orang yang benar- benar takut pada Allah ialah orang-orang yang berilmu (Ulama’)."

2. Menuntut Ilmu

Menuntut ilmu juga dijanjikan Allah balasan yang baik. Hadis nabi berbunyi, “Barangsiapa yang berjalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan – jalan ke syurga.” Jadi para pembaca budiman, walaupun usia kita sudah tua mahupun muda, kita masih lagi perlu menuntut ilmu kerana ILMU ini akan membantu kita mendapatkan jalan ke syurga Allah. Selalunya dalam menuntut Ilmu kita perlu membawa bersama buku untuk di damping.

3. Mendengar ILMU

Tuntutan yang ketiga ini bermaksud wujud juga kadang – kadang ada orang yang tidak berilmu ataupun tidak mahu menuntut ilmu. Tetapi mereka lebih suka untuk mendengar ilmu. Mereka lebih cenderung untuk membeli kaset dan cakera padat kerana mereka terlalu sibuk dengan tanggungjawab seharian. Maka orang yang sekadar mendengar ini pun diberikan balasan Allah.

4. Menyukai ILMU

Ada juga orang yang tidak sempat untuk belajar mahupun mendengar ilmu, tetapi mereka sekadar menyokong majlis – majlis ilmu. Sebagai contoh orang yang menderma kepada forum agama dan seminar motivasi tetapi mereka tidak pun terlibat secara langsung ataupun tidak. Orang seperti ini pun akan dikasihi Allah.

5. Orang yang KELIMA

Kita mungkin tertanya – tanya mengapa nabi memasukkan elemen ‘suspen’ dalam hadis baginda tentang orang yang kelima. Sesungguhnya orang yang kelima ialah golongan yang tidak SUKA langsung kepada ILMU. Mereka menolak majlis ilmu, forum dan seminar serta tidak memberikan segala bentuk sokongan. Oleh itu, kalau ada sifat kita tak suka pada ilmu, malas nak belajar, benci pada buku, maka jalan keluarnya ialah kita buang semua sifat dan sikap ini.

Jom sama-sama kita menjauhkan diri dari tergolong dalam golongan yang kelima.

0 comments: